Saturday, June 18, 2016

2016 06 18 Ramadhan 13 Menziarahi Abang Ipar Yang Uzur

Pagi tadi kami ke Kajang menziarahi abang ipar yang baru menjalani pembedahan pembuangan batu karang.  Pembedahan beliau menggunakan teknik laser.  Banyak juga batu batu yang dapat dikeluarkan.  Berbeza dengan keadaan suami, abang ipar ni nampak sangat sehat walaupun baru 2 hari menjalani pembedahan.  Dia buat pembedahan ni dekat Hospital Serdang.



Petangnya, I bawak anak dara berdua ni pergi ke Bangi untuk cari baju raya.  Fuuhhh... ingatkan Jalan Masjid India je jam, tempat ni pun sama.  Seriously, not the best place to go during bulan puasa melainkan you memang duduk situ, dan tahu mana nak parking, nak makan, nak cari dll.  Long story short, kami semua penat.  Anak anak penat mencuba tetapi tak dapat walau sehelai pun...  frust.

Minat skirt ni tetapi takde saiz yang sesuai


Angah kalau penat, muka cam "penat"


Tapi yang pasti, tempat ni memang ramai "pencari rezeki".  Its OK jika anda memang nak berderma secara ikhlas TETAPI bila ramai sangat yang "mencari rezeki" dengan cara itu, keikhlasan tu dah berganti dengan keterpaksaan.  Hati hati ye kawan kawan...




No comments:

Post a Comment