Wednesday, June 22, 2016

2016 06 22 Ramadhan 17 Mencari baju untuk Aidil Fitri

Wah...dah 17 hari kita meraikan Ramadhan.  Baju anak anak tak beli lagi.  Hari ini anak anak cuti untuk Nuzul Quran, so ambil kesempatan ni untuk cari baju untuk anak anak di Kompleks PKNS, Shah Alam.

Jom..

Anak anak Angah tidur sini malam tadi, so hari ni, diaorang kena bangun sahur juga bersama sama ngan kitorang.
Menu sahur hari ini adalah, mi goreng dengan ayam, scramble egg, dan sandwich hotdog cheese.  Haa sedap tak?



Tami tak nak ikut, so, bawalah anak dara bertiga ni cari baju.

Perjalanan pergi - tidur
Jubah ni RM90.00

Susah betul nak cari baju yang boleh dipakai sedondon oleh 3 gadis ini.  Aduhai...

Jubah size L RM130.00
Aina & Farihah Collection
Lot 01 - 155, Tingkat 1, Kompleks PKNS, Shah Alam
Tel : 5511 3341

Baju kurung Eisya - RM120
Baju kurung Angah - RM250
Baju kurung Adik - RM250
Alhamdulillah - dapat pun akhirnya walaupun tak berapa nak sama...
Kira halal yer.
Perjalanan balik - tidur
Malam ni, En. Suamy akan sediakan juadah berbuka dan moreh kat surau.  Singgah kat Pasar Ramadhan untuk beli kuih sikit untuk di hantar ke surau.


En. Suamy berbuka kat surau malam ni, so kami berbuka kat McDonald.  Hu hu... sesekali jer ...



No comments:

Post a Comment