Saturday, June 25, 2016

2016 06 25 Ramadhan 20 - Busy busy busy Steak Shack, Sunway Pyramid

Hari ini, Tami ngan Eisya tidur kat Teratai.  Mak diaorang dah sarat, so, diaorang pun bermalam lah kat sini.  Syarat untuk diaorang tidur sini adalah, mesti puasa...  ha ... kalau tak buat macam ni, budak berdua ni nak mengelat jer.

Alhamdulillah, budak budak ni memang mengikut kata.  Sahur pun bangun tanpa banyak soal.  Diktator tak??  Huh..

Sahur pun makan macam breakfast tau
Tengahari ... Ai pergi Melawati groom Chevy dan beli wet food kat Neko Cat R Us

Milk (Pets Own Lactose Free) - RM8.37
Fussie Cat Tuna with Salmon 80g - RM3.07
Grooming RM45.00

Nota kaki
Heran sungguh.  Harga grooming berubah ubah.  Tak sampai sebulan dah naik RM5.00 grooming cost.  Berat dan besar kucing sama jer.

Jalan sesak.  Ada pasar tani hari ini.
Petangnya pula, disebabkan anak bujang teringin nak makan steak, kami pun pergi lah makan kat Steak Shack, Bandar Sunway.
Tami ngan Eisya makan ngan parents diaorang.  Bagus juga makan kat sini, sebab, sambil tu AI boleh antar kuda putih ke spa buat "massage" kat CARS.




Makanan dan minuman yang kitorang order hari ini adalah:-
Iced Lemon Tea - RM5.90
Caramel Milkshake - RM- RM9.90
Mineral Water - RM2.90
Hot Tea - RM5.90
Pina Coco - RM8.90
Chicken Wings - RM10.90
Treasure in Bag - RM59.90
Ribeye - RM32.90
Double Cheese Burger - RM25.90
Meatball Pasta - RM18.90

Pina Coco RM8.90

Chicken Wing RM10.90
Treasure in a bag ni adalah makanan yang disediakan kat dalam beg plastik
dan di masakkan diatas hot plate.
Ada nasi, beef or chicken (pilih yer), dan sayur (jagung, carrot and tomato)
Sosnya pulak mushroom sos.  Bila dah lapar...semua pun sedap


Nota Kaki
Restoran ni akan charge 10% service charge dan 6% GST okey.

Sementara tunggu Papa gi solat, mari kita wifieee... he he he...

No comments:

Post a Comment