Wednesday, July 6, 2016

2016 07 06 Syawal 01 Selamat Hari Raya Aidil Fitri Maaf Zahir Batin

Alhamdulillah.  Hari ini kami sekeluarga menyambut Syawal di Cheras.  Persiapan yang biasa biasa aje kali ini tetapi lebih meriah dengan kehadiran 2 orang lagi tetamu Allah dari syurga - Allana dan Fatih.  Semoga kalian berdua membesar dan menjadi anak yang soleh dan solehah.

Buat semua pembaca - Selamat Hari Raya.  Maaf Zahir Batin.  Jika ada sebarang kata kata didalam setiap artikel yang saya tulis, yang anda kurang gemari, mohon ampunkan saya.  Tiada niat untuk mengguris perasaan sesiapa.  Segalanya tentang perjalanan hidup saya, sejarah keluarga saya, perasaan saya dan apa yang saya fikirkan setiap hari. Yang baik itu, saya izinkan jadikan tauladan dan setiap kejadiaan buruk yang berlaku, sila jadikan sempadan.  Wassalam.

Biarlah kali ini, gambar yang berbicara...tentang suasana 1 Syawal kali ini.

Kami solat Aidil Fitri di Surau As-Salam untuk pertama kalinya
Chekedik uzur hari ini
 Lepas solat Aidil Fitri, baru pergi Cheras untuk berhari raya

Hari ini ahli keluarga kami complete dapat beraya bersama sama
tapi dalam gambar ni si kecik Alana tak de pulak...ehh ada lah.  cuma tengok kat baris atas - No 5 dari kiri.  Haa nampak tak?

Ya Allah, Kau berikanlah kesihatan yang terbaik buat kedua ibu bapa ku.
Jauhkan mereka daripada penyakit yang menyakitkan mereka.
Berikanlah kemudahan untuk mereka berdua beribadat kepadaMu.  Amin

Ya Allah, Kau berikanlah kesihatan yang terbaik buat kedua ibu bapa ku.  
Jauhkan mereka daripada penyakit yang menyakitkan mereka.  
Berikanlah kemudahan untuk mereka berdua beribadat kepadaMu.  Amin

Azizul's

Azizul's

Getting ready.  Tengok gelagat semua orang bila nak bergambar

Memang picture freak. Pantang dapat camera
Seorang lagi missing.  Tunggu sorang lagi yer.  M.Lang oo MLang, where are you???
Yang kecik lah paling banyak dapat duit raya



Anak anak tak menyempat nyempat nak compare isi Angpow

Anak bujang saya
Seronok tengok mak saya senyum lebar.  Alhamdulillah


Jom beli bunga api.

Dengan hasil tangkapan.  Lihat tenungan si Fatih tu.

Penyejuk Syurgaku forever

Ha ha layan jerlah.  Selagi tak wrap up, takkan bersurai ni.


Azizul's lagi

3 dara

Bila dah kenyang, masing masing layan HP pulak
Lepas tidur sekejap, bolehlah kita pergi beraya yer.

Ini dekat rumah Alang Limah

Muka bosan

Mak saya yang happy sepanjang hari ini.  Alhamdulillah

Beraya kat Damansara
Tamat kisah 1 Syawal tahun ini.  Semoga Allah terima ibadah kami.  Amin Ya Rabbal Alamin

No comments:

Post a Comment