Monday, August 1, 2016

2016 07 31 Syawal 26 Rumah Terbuka Rasah, Negeri Sembilan

Kami terima jemputan dari Hj Shaker sekeluarga untuk majlis rumah terbuka hari ini.  Kami juga menerima jemputan Aidil Fitri dari YB Awaluddin.  Kami terpaksa memilih untuk hadir ke majlis Hj Shaker sahaja kerana kami telah pun hadir pada majlis perkahwinan anak lelaki beliau beberapa minggu lepas.  Lagipun agak rushing jika nak hadir pada kedua dua majlis memandangkan En. Suamy gi menyabit terlebih dahulu pagi tadi.

Sebelum bertolak, kami dah pastikan anak anak dara berdua ni berjanji untuk ulangkaji pelajaran dan si abang pula berjanji untuk "behave" sepanjang ketiadaan kami.

Perjalanan KL - Rembau hari ni mengambil masa 1 jam 25 minit.
Sesampai kami ke Rembau, hujan turun mencurah curah. Syukur Alhamdulillah, anak anak tak ikut hari ini.  Kesihatan mereka paling utama.  Kami lihat, rakan suamy, Bang Ngah dan isterinya Jamilah sedang menjamu selera.  Selepas beberapa ketika, K.Za sekeluarga dan K.Siti pun tiba.  Memang riuhlah bila dah reramai macam ni.  Yang lelaki dengan cerita zaman sekolah mereka dan yang perempuan dengan isu semasa.

Dari kiri K.Siti Rahja (isteri A.Md Din), K.Za (isteri A.Shariff), anak sulung K.Za,
Hj Shaker (tuan rumah), K.Milah (isteri B.Ngah), me dan K.Campaka (isteri A.Shaker)

No comments:

Post a Comment