Tuesday, September 13, 2016

2016 09 13 Kad Hijau (Green Card) CIDB

Nak share sikit tentang Kad Hijau yang dikeluarkan oleh CIDB.

Sekarang ni Syarikat En. Suamy, ASR Zasya Consultancy & Resources sudah disertifikasikan untuk menjadi Trainer Kad Hijau bagi pihak CIDB.

Minggu ni, beliau akan ke Pengerang, Johor untuk memberi kursus Kad Hijau.

Untuk yang berminat nak menghadiri kursus 1 hari ni, boleh jengah website CIDB smb.cidb.gov.my.
Cari ASR Zasya Consultancy & Resources dan daftar kat situ.

Jika ada yang bertanya apa itu Kad Hijau?
Jawapannya adalah :-

Apakah Kad Hijau CIDB?

Ini adalah satu program bersepadu yang melibatkan pendaftaran dan akreditasi Personel Binaan, untuk meningkatkan tahap keselamatan di tapak kerja pembinaan.
 

-  Untuk memastikan Pekerja Binaan menyedari kepentingan tempat kerja yang selamat dan sihat;
-  Untuk memberi pengetahuan asas mengenai keselamatan dan kesihatan di tapak kerja pembinaan;
-  Untuk memaklumkan Pekerja Pembinaan tentang keperluan undang-undang, berhubung dengan keselamatan dan 
   kesihatan.


Mengapa anda mesti mendaftar?
Pemegang Kad Hijau CIDB secara automatik dilindungi oleh Skim Insurans khas yang menginsuranskan Personel Binaan terhadap kematian dan kemalangan.


Siapa yang patut mendaftar?
Semua kakitangan yang bekerja di Tapak Pembinaan.
 

Bila patut mendaftar?
Sekarang! Jika anda bekerja di Tapak Pembinaan, anda mesti mempunyai Kad Hijau sebelum memasuki Tapak.

Di mana untuk mendaftar?
Boleh hubungi ASR Zasya Consultancy & Resources 012 722 7879 atau 019 324 9161 untuk pertanyaan lanjut

Bagaimana untuk mendaftar?
Para Pekerja Binaan juga mesti menghadiri Kursus Induksi Kesihatan dan Keselamatan selama 1 hari


Kadang kadang ada juga pendaftaran ditolak oleh CIDB.
Sebab sebabnya adalah seperti berikut.
Sila ambil perhatian ok.



Jika ada sesiapa yang ada masalah berkaitan dengan pendaftaran baru Kad Hijau ini, boleh hubungi ASR Zasya Consultancy & Resources atau boleh cari di FB asr.zasya.trainer atau boleh call 012 722 7879 atau 019 324 9161.

Sangat bermanfaat untuk kita tahu tentang ini sebab dapat coverage Takaful jika ada sebarang kemalangan, kecederaan kekal atau kematian.

Lebih baik beringat ingat.  Sekarang ni semua perbelanjaan pun "BESAR" jadi ada baiknya kita berhati hati sebelum kena.

No comments:

Post a Comment